Mar 22, 2012

Rajin-rajin Baca Suratkhabar~!



:: 1330 ::

Kenapa ramai sangat orang hilang lately ni..? Ke , sy je yang baru sedar orang hilang tu baru-baru ni..? o.O

Hmmm.mungkin. sebab dah lama tak tengok berita Malaysia + baca berita Malaysia. Bad citizen. T.T

Risau dan keliru. Kenapa dorg ni diculik? Kenapa semua peringkat umur jadi mangsa? and yang satu hal lagi, kenapa ada yang boleh tercetus idea untuk culik diri sendiri? adakah sempena musim penculikan? ish ish ishhh... ni bukan musim buah dik..boleh main-main follow and ikut2...orang lain semua sibuk cari durian, adek boleh follow cari durian...tapi, time orang sibuk2 dengan kes culik, adik janganlah menculik diri sendiri pula.. okay? ;)
Itu kes kat Malaysia.
Berlainan pulak kesnya kat tempat sy berpijak and berlari sekarang ni.

Perkauman..pembunuhan..tembakan..

Semua tu perkara biasa kt sini. Almost everyday sy akan dengar siren ambulan dari dalam bilik.. eh jap. ke polis? fine. x tau..tapi, kalau nampak tu, memang ambulans and polis sana sini..kadang2 setiap 10 minit ada ambulan lalu sebelah sy.
Pernah terlintas, "mungkin ambulan ni sesat kottt" tapi, kat sini kan semua kenderaan pakai GPS..oh ya. yang drive tu kan manusia biasa..membuat kesilapan itu dah pasti, menyempurnakan kerja itu satu anugerah.. :)

Nampak tak effect kabur tu..? kata emergency..kena la laju2..

So, back to topic. Kalau dulu kat Malaysia, nak keluar pergi mana2 mesti saje je plan dengan mama lepas maghrib..lbh kurang dlm pukul 8pm tu, barulah nak gerak gi mana2. Tapi kat sini, kalau dh namanya pukul 8, elok2 sgt la duduk rumah je..Kedai pun majoriti tutup pukul 5 atau 7pm.
Yang dinamakan OPEN kalau lepas pukul 7pm tu, cuma pubs and clubs sahaja. Maka, buat laundry atau layan The Big Bang Theory adalah pilihan alternatif andai tiada assignment perlu di langsaikan. :)

Oh ya.lupa nk cerita sikit pasal kes kt sini tadi.
Tak tau nak ckp mcm mana. tapi apa yg saya nampak kat sini, dorg ni membunuh kerana minat dan hobi. bak kata omputeh, passion in murdering/killing.

Kebanyakan kes tu, bukan dendam. Dorg kat sini macam tak menyimpan dendam pun kat sesiapa.
Si pembunuh sntiasa ada kat mana2 pun. sesuka hati dia. Kalau masa dia tgh jalan2 tu, tiba2 nampak ada mangsa yang nmpk lemah (bukan yang lembik mcm dh berpuluh hari x makan tu tau), dia akan datang dekat.konon-konon nak tanya time la, nak tegur2 cmtu je ke..dia akan borak sekejap. 5 minit je pun, pastu dia terus, Bangg! Bangg!.. tak main tembak dada jahhh... tu ha.kepala terus. T.T

Pemangsa kat sini pulak, pelbagai peringkat umur. tapi yang ramai memang budak2. tak tau lah kenapa. stress kt rumah kot. Yer la..dorg bukan ada waktu2 yg nk dijaga untuk solat ke, ngaji ke, puasa ke.. tu yang boring tu.. rasa lama je nak tunggu masa berlalu, so gi la keluar cari org untuk main tembak2.. 

Kalau pistol x leh dapat, bawak je pisau potong sayur yg ada kt dapur tu. dah sah2 tajam sbb mak asah selalu untuk potong2 sayur..

Hmmm..
Senang cerita, mana2 pun ada kes berat. cuma kene pandai2 la bwk diri,jaga diri..

Till then,
Love..

No comments:

Post a Comment