Oct 8, 2013

Tiada Kata. Hanya Rindu & Luka.




Terluka. Terhiris.
Hm.
Tidak.

Dilukai. Dihiris. Ditusuk.
Dalam. Terlalu dalam.

Walaupun tona suaramu lembut.rendah.
Namun ku terluka dengan caramu.
Ku terhiris dengan emosimu.
Ku tertusuk dengan patah katamu.

Memang ku baru mengenalimu.
Tapi ku membiarkan hatiku mendalami hati dan tingkahmu.
Bukan akalku.
Oleh kerana itu, kurasa bagai sudah mengenalimu bertahun-tahun.

Ku kenal caramu bila emosimu stabil.
Ku kenal caramu bila emosimu bahagia.
Mustahil ku tidak kenal caramu bila emosimu terganggu.

Ku bukan boneka. Ku sepertimu.
Hamba Allah yang punya rasa dan perasaan.
Hatiku akan rasa gembira bila dimanjakan.
Hati yang sama ini jua akan kecewa & sedih bila dimarahi.

Tidak.ku bukan menyalahkanmu sepenuhnya.
Mungkin diriku.
Tidak.
Memang diriku.

Seumur nyawaku, ku tidak pernah dimarahi oleh lelaki.
Papa; hanya ia seorang yang ku terima apabila ia memarahi dan meninggi suara.
Tidak daripada lelaki lain. Sukar.
Walau sepatah, hati ini akan terus terluka.
Tangisan akan bertakung di mata menunggu masa.

Memang dikau tidak meninggi suara.
Memang dikau tidak mengherdik.

Mungkin kerana tebalnya rindu ini,
ku terhiris dengan ketegasanmu.

Mungkin kerana tebalnya rindu ini,
ku mengharap sesuatu yang lebih tinggi daripada panggilanmu.

Mungkin kerana tebalnya rindu ini,
ku terluka,
ku terhiris,
ku tertusuk,
dengan tiap kata dan tingkahmu.

Maaf, aku tak kuat. Belum cukup ilmu untuk jadi kuat.
Ku masih memerlukan masa.



Love,

No comments:

Post a Comment