Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

May 8, 2013

Impian.

Sesuatu yang kita impikan,
tidak semestinya sesuatu yang kita perlukan.

Sesuatu yang kita perlukan,
tidak semestinya yang kita impikan.

Impian kita mungkin keperluan orang lain.

namun,
andai orang lain itu adalah jiwa kita,nadi kita,nyawa kita..

Itu satu pertimbangan yang lain.


Sesungguhnya, percaturan hidup milik hakiki yang Maha Esa.


L.O.V.E

Lautku.

Tinggi mana pun harapan,
Luas lagi permukaan impian ku.

Lautku,
Sabarlah menanti.

Kerana

Pendaman rinduku,
Rajuk hatiku,
Tingkah manjaku,
Nikmat sayangku,

Masih tersisip rapi. Terkunci.
Hanya untuk lautku yang sabar menanti.


L.O.V.E

May 6, 2013

Sedangkan..



Sedangkan,
Ribut pun berhenti.

Sedangkan,
Pantai pun berubah.


Inikan pula hati manusia.


Sigh,
L.O.V.E

May 4, 2013

.... *Berbicara Pula Dengan Hati*



Hati

kenapa dikau sering dihinggapi

pelbagai rasa dan bisa

kau semakin sukar kufahami

ngilu mu

sayu mu

bersilih ganti.


kasihmu

rindumu

telah kutekadkan untuk si dia yang sabar menanti

temaniku sehingga waktu itu.

bertabahlah. dia pasti mendekati.



L.O.V.E

Kamu & Laut.


Kalau dekat dia
Lidah jadi sunyi nak berbicara

Mata, melihat kebesaran Allah
disusuli hati yang tidak henti mensyukuri nikmat perasaan yang diberi
dengan hadirnya insan kurniaan disisi.

Senyuman dibibir
 akan sentiasa terpatri
tiada henti



Rajukku
Manjaku
Kasihku
Rinduku
Doaku

Hanya pada dia
yang menanti
yang memahami
yang memiliki

dan doaku
kupanjatkan hanya padaMU.


...Begitulah kasih cintaku pada kamu dan laut...




L.O.V.E


May 3, 2013

.... *Biar Hati Bicara*

Di saat ini aku merindui dia.
Walaupun tiap hari mendengar suara, tiap hari bergurau senda, tiap hari bertukar pendapat..
namun hati ini tetap merindui dia.

Indahnya perasaan kurniaan Allah..
Tidak perlu bersua untuk merasa kasihnya.
Tidak perlu bersentuh untuk merasa nikmatnya.
Begitulah ajaibnya kuasa dan nikmat Allah pada hatiku.

Tapi kumohon rinduku padanya
...tak melebihi rinduku pada Allah.
...tak melebihi rinduku pada Rasulullah
ku rindu dia sepertimana ku rindu keluargaku.

Walau acapkali tertanya bagaimana rasa ini boleh hadir,
ku tak mahu bersangka buruk pada Allah.
Dia yg menciptakanku, Dia yang menciptakan si dia.
Maka hanya Dia yang Maha Mengetahui segala perancangan yang telah diatur untukku. untuk kami.

Andai bersatunya kami, itu kehendak Dia.
Andai terlerainya kami, itu juga kehendak Dia.

Kenapa perlu kesal, kenapa perlu berduka andai kita sudah tahu yang terbaik dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.

Tutur kata dan pesanan si dia, sentiasa bisa menyentuh setiap pelusuk sanubariku.
Yang tak pernah kurasai daripada mana-mana kekasih hati lain seumur hidupku.
Siapakah dia yang Allah izinkan untuk hadir dalam hidupku ini?
Sebagai manusia, dia tidak sempurna seperti juga manusia lain.
Tapi sebagai insan yang muncul dalam hidupku, dia berbeza.


Doaku. Permintaan hatiku. hanya dikongsi dengan Dia. 
Tidak mungkin kumahu berkongsi dengan hamba Mu yang lain Ya Allah.
Tidak mungkin.

Ku rindu dia.


Hati,
Love.

Apr 29, 2013

Hikmah Muhasabah 1.

Hari berganti hari.
Yer.
Tiada yang peliknya penggantian hari itu.

Alhamdulillah..
Lepas keputusan drastik aku haritu, ku sangka hari-hariku takkan lagi ceria.

Sebagai hamba dan manusia, aku silap.
Perancangan Allah s.w.t itu sesungguhnya lebih cantik. paling cantik. terbaik.

Dengan berbekalkan jadual yang sangat sibuk, aku tahu Allah takkan biarkan hati aku;
kekosongan, kekeliruan, kesunyian.
Kerana hanya DIA yang tahu, itu kelemahan aku.bukan kekuatan aku.

Kehadiran yang tidak kupinta, Kehadiran yang juga ku tak pasti tempoh ketahanannya.
Aku tak mahu terlalu pesimis. tidak jugak ku mahu terlalu optimis.
Kali ini, aku biarkan sahaja aliran laluan hidupku tanpa sebarang perancangan dariku.

Doa ku,
Kekalkanlah silaturrahim ini ikut perancangan terbaikMU Ya Allah.
Tiada ku meminta lebih, tiada ku menolak kurangnya dia.
Ku mohon juga dikuatkan hatiku,diterangkan hatiku daripada sebarang kekeliruan.
Ku mohon hadirnya dia untuk menceriakan hidupku,
Ku mohon jua andai hilangnya dia untuk pedoman hidupku.

Yang sempurna,bukan yang dicari.
Yang menyermpurnakan, yang diidami.


teehehehe...
Aku bahagia melalui hari-hari yang dah disusun Allah swt.
Mujur aku terpilih untuk terbuka mata dan hati memandang hidupku.
Alhamdulillah terbit segala hikmah yang dijanjikan.
Tiada kesal. Tiada tangis.

Have a Great Day Everyone!!


Till then,
Love.



Feb 15, 2013

Ku Mohon.

Salam Jumaat pada yang menyinggah and membaca. :)

Cuaca indah harini. Alhamdulillah.

Ada satu ketika tu, ada la pasang angan, satu hari nanti nak duduk kat balkoni, cuaca sejuk tapi matahari masih menemani sambil mengarang blog.

Alhamdulillah. :)


 Despite what I had in my mind malam tadi, sedikit demi sedikit dah berkurangan.

Sempatlah bergaduh dengan diri sendir sebelum tidur malam tadi.
Penah tak terjadi kat korang, bila rasa bengang or marah kt few people, Its so hard to hamburkan kat mereka and at the end u choose to gather all of them dalam hati and bergaduh ramai-ramai dalam hati?
Mesti pernah kan? hehehe..
That was what happen to me these few days. *sigh*

Walaupun dah cuba berdrama sendiri dalam hati, tapi kesakitan tu makin dalam. 
Memang rasa nak luah secara jelas.
Tapi sangat rumit bila berkait dengan orang yang paling kita hormati.hmm.WAJIB hormati.
Dua pilihan.
Lukakan hati ia or hati kita yang dibiarkn terluka.?
Kalau hati kita luka, paling2 pun kita nangis. lepas tu pendam dalam hati sampai mati. tak menyusahkan sesiapa. kalau hati ia yang terluka, jalan memujuk tak siapa yang tahu. mungkin layanan akan berpusing 360 darjah.

*mengeluh*

Untuk kesekian kalinya, aku dipaksa rela untuk mengalah.
Sampai bila mengalah itu harus mengalir dalam diri aku? aku tak berhak menyuarakan apa-apa ke?
Sebagai Sulung, mengalah itu memang satu sikap yang dari kecil dah ditanam dalam2, dibaja dan dikekalkan.
Tapi apabila sekali lagi dipaksa rela mengalah dengan adik-beradik untuk kebaikan satu pihak yang sampai mati pun takkan pernah ada kaitan dengan aku, hati aku terluka. dan semakin hancur hari demi hari.

Tangisan.(itu je yang mampu aku lakukan setiap kali ada rasa ngilu kat dada). 
Takkan cuma satu perkara dah dramatik sangat. kan?

Nope.
Bukan baru satu, bukan baru sekali.

Years and years has taken.
Selembut-lembut hati aku, percayalah masih ada kekerasan dalamnya.
Se-mengalah-mengalah aku, percayalah masih ada ingin rasa menang dalamnya.
Se-gagah-gagah aku, percayalah tangisan sentiasa menemani.

Ketidak-adilan? Ye. Memang itu yang aku rasakan sekarang.
How could they choose that person instead of me.?

Teman seperjuangan ada bertanya, adakah aku akan lebih ok andai diberitahu secara baik dan diminta mengalah secara baik?

Ku terdiam. Kaku.
Hati dan akal bertengkar menegakkan pendapat masing-masing.

Aku tak mampu nak akur.
The damage has been done.
Hati aku dah hancur.
Tangisan aku dah berbesen.
and yes, titik hitam semakin jelas dalam hati aku.
kemaafan? hanya waktu akan menentukan. atau mungkin selamanya menjadi titik hitam.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengampun & Maha Menyayangi..
Ku mohon dilindungi dari sebarang sifat dendam. Ku mohon kekuatan akal dari MU. Ku mohon kekuatan hati dari Mu. Ku mohon kekuatan diri dariMu.~

Till then,
Love.


Mar 22, 2012

Jalan Ke Syurga # 1


KeINGINan




KeSUNGGUHan


KeCEKALan


KeSABARan


Mampu memberi kesan mendalam dalam apa jua perkara..

Tapi, dalam cerita saya,
 ia berupaya
merubah








;)

;)

;)


Dan akhirnya,



Tadaaaaa!!

Alhamdulillah.... ^^,

Thank you mama~ Thank you papa~ ^^,

So, mulai sekarang, kene baaanyak lagi pengorbanan yg perlu dilakukan..

Pengorbanan dengan masa, dengan tenaga, dengan wang ringgit, dengan perasaan sikit.. :)

Sebab, tak semua orang nak lampu ni selamanya begini. err...kot la.

Tapi apa yang pasti, sy tak nak selamanya begini.

Saya nak, lepas ni,

macam ni...



1 hijau untuk dari restu mama & papa kami serta seluuuruh keluarga. ^^,

1 hijau untuk keredhaan dan rahmat daripada Allah s.w.t ^^,

1 hijau daripada orang sekeliling kami.. ^^,


Insya Allah... Sertakan kami dalam doa kalian yerr... :)

Semoga kita sama2 berjumpa di syurga..


Till then,
Love.













Mar 7, 2012

Fever & Report. Work With Me.

:: 0400 ::

It'a already morning.eh.nope. nearly dawn. :)
still awake. not planning to sleep. don't even feel sleepy.

3 things to be done by thursday. THURSDAY. and now it's already wednesday.
1.Procurement Strategy Report
2. Pre-lim Cost
3. Economics Report.

Oh ya. as usual. getting a pile of birthday wishes. thru fb mostly.

Thanx to everyone..and syukur, i manage to reply each of the wishes personally.

have one of the best wishes though..

Lovely..
By Bonda & Ayahanda



Wish my family is here with me.
Wish my Gadis-gadis is here with me.



That is all for now.

Till then,
Love.