Showing posts with label Uni Life. Show all posts
Showing posts with label Uni Life. Show all posts

Apr 30, 2013

Berubah Ke Aku?

"You dah banyak berubah sejak pergi UK"

Masa mula-mula aku pasang niat untuk berhijrah ke UK demi meneruskan langkah impianku,
aku pesan pada diri aku sendiri, cuba kawal diri untuk tak berubah.
Andai aku berubah pun, biarlah kepada kebaikan.

So.
Sepanjang setahun pertama aku kat sini, aku analisa balik diri.
Setahu aku , memang ada perubahan.
TAPI.
Bukan kepada keburukan.

Banyak yang aku lalui kat sini, aku jadikan pedoman.
Banyak yang aku tempuhi kat sini, aku jadikan teladan.

Hmmm.

Mungkin apa yang dia cuba sampaikan, adalah perubahan hati aku.
Aku akui hati aku pada dia dah berubah.
Bukan kerana sesiapa.

Ingin sekali kucoretkan kat sini.
tapi aku tak rasa coretan itu sesuai di canang.

Ok.
Berbalik pada tuduhan yang aku dah berubah sejak datang sini.
Alhamdulillah Bonda Ayahanda tak cakap apa-apa.
Cuma kata diorang, perut aku makin mengada-ngada.
Baru pekena sambal belacan satu sudu, Seminggu perut aku upset. Terus menerus
Bayangkan,sesaat makanan aku selesai ditelan, pasti aku akan terus cari tandas. 
Tiada sebarang makanan dan minuman yang terlepas daripada gejala itu. *sigh*

Nak kata kat sini aku tak balun cili, sangatlah tak betul.
Kerap kali juga makan pedas-pedas.

Haaaaa...mungkin cuaca kat Malaysia membuatkan penghadaman aku sangat-sangatlah lancar.
Teehehe..ampun Bonda Ayahanda...

Oh lagi satu perubahan.
Berkaitan cuaca.
Aku akui badan aku ni cepat panas. Kalau tidur malam tu, aircond bilik aku la paling sejuk.
Sampaikan sepupu sepapat pernah pakat2 keluar dari bilik aku and tidur luar.
Bila ditanya keesokan pagi, katanya macam tidur dengan penguin. terlampau sejuk, walhal aku sehelai selimut pun tak membaluti tubuh. Hahahahha..
Kesian mereka.
Tapi, sejak aku dah duduk sini. dengan bekalan cuaca sejuk tanpa henti 24 jam, aku rindu Malaysia.
Aku dah makin kurang gemar dengan kesejukan ini.

Sebab tu ada pepatah yang bermaksud, 
Sesuatu perkara itu kalau berlebih-lebihan, tak elok. :)

Inilah salah satu buktinya. hehehe..

Rasa-rasanya, setakat ini je dulu analisa perubahan aku. :p




Till then,
Love.

Apr 29, 2013

Hikmah Muhasabah 1.

Hari berganti hari.
Yer.
Tiada yang peliknya penggantian hari itu.

Alhamdulillah..
Lepas keputusan drastik aku haritu, ku sangka hari-hariku takkan lagi ceria.

Sebagai hamba dan manusia, aku silap.
Perancangan Allah s.w.t itu sesungguhnya lebih cantik. paling cantik. terbaik.

Dengan berbekalkan jadual yang sangat sibuk, aku tahu Allah takkan biarkan hati aku;
kekosongan, kekeliruan, kesunyian.
Kerana hanya DIA yang tahu, itu kelemahan aku.bukan kekuatan aku.

Kehadiran yang tidak kupinta, Kehadiran yang juga ku tak pasti tempoh ketahanannya.
Aku tak mahu terlalu pesimis. tidak jugak ku mahu terlalu optimis.
Kali ini, aku biarkan sahaja aliran laluan hidupku tanpa sebarang perancangan dariku.

Doa ku,
Kekalkanlah silaturrahim ini ikut perancangan terbaikMU Ya Allah.
Tiada ku meminta lebih, tiada ku menolak kurangnya dia.
Ku mohon juga dikuatkan hatiku,diterangkan hatiku daripada sebarang kekeliruan.
Ku mohon hadirnya dia untuk menceriakan hidupku,
Ku mohon jua andai hilangnya dia untuk pedoman hidupku.

Yang sempurna,bukan yang dicari.
Yang menyermpurnakan, yang diidami.


teehehehe...
Aku bahagia melalui hari-hari yang dah disusun Allah swt.
Mujur aku terpilih untuk terbuka mata dan hati memandang hidupku.
Alhamdulillah terbit segala hikmah yang dijanjikan.
Tiada kesal. Tiada tangis.

Have a Great Day Everyone!!


Till then,
Love.



Mar 10, 2013

Just Another Day 6.

Wish I could have pembaca setia like some bloggers. But wait. I write not because i want people to read... It is for future-me to read about past-me.

Yes. I do judge myself. For what? For a better me of course.. :)
It's fun though! U guys should give a try. :D

Last week was kinda hectic yet a good week for me.. ;)
Went through one of my favourite module dengan jayanya. Alhamdulillah!

Easter break is coming near. One coursework need to be submitted a day before the 3 weeks Easter Break.
Ok. Dh stress balik. :p . Gedik. Hahaha

Teringat-ingat summer trip tahun lepas. I do miss them a lot. A LOT!
Kalau lah masih ada peluang macam tu lagi. Seronoknya!
I might be coming back for Summer Break this year. tapi x confirm lagi. ikut mood kot.

However.....
Andai jadi pulang ke tanah air, terasa mahu pergi bercuti ke Sarawak. atau mungkin Sabah.
Honestly, I have not been to these places before this. though ada keinginan.

Wish I would have the chance to go. But, kalau tak tercapai, memang rasa nk ambil angin kat Penang. or Langkawi or Kelantan :)
These three places pulak, dah terasa macam kampung sendiri..
Sebelum berhijrah ke England, kerap juga pergi dengan mama and papa.
Some due to site visit, but most of the time, short vacation. :)

Okay, got to go the library for a while. Few matters need to be done.
One of my friend is counting days to be in Malaysia. For good.
She's so happy. :)
Trust me. She's so happy that she's leaving Manchester SOON!

Weather for this Spring 2013 is not as good as expected.
Bila terkenang Summer is nearer, I do miss someone a lot.
 Will tell u in the next post.



Till then,
Love. :) March-Spring 2013





May 12, 2012

Summer Break ON!




Yeyy!!
Alhamdulillah... selesai dah semua exams.. 
Walaupunnnn cuma dua paper, tapi perit dia, huishhh!
Mana taknyer... orang construction, disuruh menghadap subjek ekonomi dengan Law..memang sampaikan salam je la.. Hadoi!
Kalau suruh costing, memang ligat je jari jemari gebu ni kasi langsai itu kerja.. 

Law mat saleh ni bukan susah. Cuma yg rumitnya, nak menjawab je la. Tak guna mintak dia soalan Spot.
Sebabnya, at the end, dalam satu soalan pendek dia tu, saya kene guna every sub-topic untuk jawab. 
20 markah jah! jelas2 kene kasi jawab 3 pages paling kurang..

Ok fine. I'll stop here about exams.
Bragging mcm sy sorg je yang ambil exam kt muka bumi ni. T.T

Last night (m'sian time of course), was having a longggg and excited fb chat with bonda. ;)
About what?
About marriage & wedding.
Yes. It's a different thing. :)
Different considerations, different affects, but in under One roof, with One heart and One love..

What were in the discussion?
Nahh..not the right time to tell yet.. ;)
One day okay... :D

Oh ya. nak tau apa plan  kitorg memandangkan exam dah habis?
Orang kata, kalau masuk kandang kambing, mengembek; Masuk kandang harimau mengaum..kan?
Maka, all of us dh plan nk visit muziumSSS. yayy! :D
Eyh. tak tipu la. sebanyak itu yang kami plan.
Kat sini, memang la famous dengan museums, and parks, and monument, and libraries and malls.
Tapi part yg "malls" tu, dah selalu sangat visit.
Tak kira masa; sebelum exam ke, selepas exam ke, semasa exam ke..wajibb..

So, kali ni, mari kita beramai-ramai visit museum pulak! 
Oh and we have a 5 days roadtrip to go! weeeeee~

Okaylah, dah elok sangat la pergi mandi and bersiap ke bandar. 

Misi pertama: Lloyds TSB.! oh ya. and HSBC too...hehehe

Till then,
Love.





Mar 23, 2012

The Queen was here~! ^^,



Tadi siang kan sy ada terserempak dengan Queen Elizabeth kan..? 

Ini bukan cobaan..ini betul2.. :D teehehhe..


Atas ni gambar printscreen je. kalau nak baca berita penuh, meh klik link bawah ni kay. ;)



Yang ni bukan sy yang ambik..
Pihak CBS News yang tolong ambilkan untuk orang2 yang busy mcm sy ni. :)

Maaf la x tersempat nak ambik gambar beliau sendiri tadi. Nak minta autograph pun tak sempat.
Terpaksa kejar bas. kalau tak, lambat pulak saya ke meeting. :)

Sempat menjeling-jeling je dengan beliau tadi. ngee...



Till then,
Love.

Just Another Day #3

Semput..
Adoi laaa..lamanya sy tak exercise. Baru jalan kaki 30 minit pun dh termengah-mengah. Ini x boleh jadi ni..lagi 4 5 bulan, nak summer dah. Tak boleh pakai jaket untuk sorok lemak tepu. Huwaaa!!

Malam nijgk sy akan mula bersenam semula! Chaiyok! Errr.. Nak skippin g ke, swimming? Hmmm..

Tengok la camane nanti. Kalau swimming, sejuk sikit kan.. :D ngeh ngeh ngehh..

Ooh ya. Td masa on the way gi kelas, terserempak dgn Ratu Elizabeth.

How lucky I am today,right? ;D
Tapi Agong sendiri x pernah jumpa lagi. Not even one of them.. T.T

Teringin jugak jumpa Permaisuri Zahirah tu..
I loveee the way she dressed up. Salah satu sbb, she's wearing proper tudung. So, lagi mudah untuk jadikan baginda sebagai rujukan. :)

Semua ni saya ambil dari google je. maaf andai terambil hak sesiapa.

Cuba tengok ni. cantikkannn... Gaya permaisuri sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. ;). baaru sesuaiii..

Oh God!! Really love the way she brings herself in public..

Ok la. Nk sambung meeting. Semua orang br sampai..

Till then,
Love..



Sent from my BlackBerry® smartphone on O2

Mar 9, 2012

Berubah. Tak Salah.

::0230::


Malam dah semakin larut. Subuh pun dah nak menjengah sekejap lagi..tapi, sy? masih belum dapat lelapkan mata.
Tugasan terakhir menyiapkan poster utk presentation esok baru je selesai. and already submitted into the Team's Dropbox. Mata dah letih. berminggu-minggu mengadap skrin laptop ni. Mujur tak sampai merosakkan anak mata saya ni. :)
Esok harinya. Presentation depan Client tak semudah presentation depan lecterur. Mata dan lidah harus letak dalam mode berjaga-jaga. Berfikir sebelum bersuara. Ingat tu! ;) Insya Allah...segalanya akan mudah andai kita serah segalanya pada Yang Maha ESA.

*Alamak*...hurmm. baru teringat..pakaian untuk esok belum pun dirancang. "Wear smart, Be smart. See u later teammates."..pesanan terakhir Project Manager sy sebelum meeting berakhir siang tadi.. Being the only muslimah wearing hijab, I have to wear and bring myself very well. Islamic yet elegant and sophisticated. Am I right..? ;) *entered my own closet.virtually*

Alrite. sedikit masa yang diperuntukkan untuk berbicara dgn myloveluv dh habis. Masa untul lelapkan mata n minda seketika. Will share everything bout the presentation later. ;)


Till then,
Love.

Mar 7, 2012

Sore Throat. Stress.

::1930::

Hai syg!! I know u will read this. Cause I just give U the link. :p
Well this is it. A fresh new blog.
Will try to update everything that happened here. Just in case U  miss me.
Alrite Love. ;D


Hmmm.
Was having a semi-final meeting for 2nd Stage progress of the project.
Bad news, one of the archi suddenly missing in action.
not replying the sms, not responding to the email, changing fb online status after receiving the inbox msg..
as far as i'm concern, we're not a streak of tigers.
we dont eat people, we dont roar, we dont hunt.
*sigh*

So, within 72 hours, we have to struggle to finish the designing and costing.
The client will be here. The lecterur will be in. we dont wanna look bad.

Dont wanna talk bout it anymore. :)


Breakfast: An Apple and Tropicana juice.
Lunch: Seafood Ramen with Crabstick and Rubicon Lychee

*a very healthy food scheme for a birthday girl, ain't it? ;)


Till then,
Love.