Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

May 8, 2013

Impian.

Sesuatu yang kita impikan,
tidak semestinya sesuatu yang kita perlukan.

Sesuatu yang kita perlukan,
tidak semestinya yang kita impikan.

Impian kita mungkin keperluan orang lain.

namun,
andai orang lain itu adalah jiwa kita,nadi kita,nyawa kita..

Itu satu pertimbangan yang lain.


Sesungguhnya, percaturan hidup milik hakiki yang Maha Esa.


L.O.V.E

May 6, 2013

Sedangkan..



Sedangkan,
Ribut pun berhenti.

Sedangkan,
Pantai pun berubah.


Inikan pula hati manusia.


Sigh,
L.O.V.E

May 4, 2013

Kamu & Laut.


Kalau dekat dia
Lidah jadi sunyi nak berbicara

Mata, melihat kebesaran Allah
disusuli hati yang tidak henti mensyukuri nikmat perasaan yang diberi
dengan hadirnya insan kurniaan disisi.

Senyuman dibibir
 akan sentiasa terpatri
tiada henti



Rajukku
Manjaku
Kasihku
Rinduku
Doaku

Hanya pada dia
yang menanti
yang memahami
yang memiliki

dan doaku
kupanjatkan hanya padaMU.


...Begitulah kasih cintaku pada kamu dan laut...




L.O.V.E


May 3, 2013

.... *Biar Hati Bicara*

Di saat ini aku merindui dia.
Walaupun tiap hari mendengar suara, tiap hari bergurau senda, tiap hari bertukar pendapat..
namun hati ini tetap merindui dia.

Indahnya perasaan kurniaan Allah..
Tidak perlu bersua untuk merasa kasihnya.
Tidak perlu bersentuh untuk merasa nikmatnya.
Begitulah ajaibnya kuasa dan nikmat Allah pada hatiku.

Tapi kumohon rinduku padanya
...tak melebihi rinduku pada Allah.
...tak melebihi rinduku pada Rasulullah
ku rindu dia sepertimana ku rindu keluargaku.

Walau acapkali tertanya bagaimana rasa ini boleh hadir,
ku tak mahu bersangka buruk pada Allah.
Dia yg menciptakanku, Dia yang menciptakan si dia.
Maka hanya Dia yang Maha Mengetahui segala perancangan yang telah diatur untukku. untuk kami.

Andai bersatunya kami, itu kehendak Dia.
Andai terlerainya kami, itu juga kehendak Dia.

Kenapa perlu kesal, kenapa perlu berduka andai kita sudah tahu yang terbaik dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.

Tutur kata dan pesanan si dia, sentiasa bisa menyentuh setiap pelusuk sanubariku.
Yang tak pernah kurasai daripada mana-mana kekasih hati lain seumur hidupku.
Siapakah dia yang Allah izinkan untuk hadir dalam hidupku ini?
Sebagai manusia, dia tidak sempurna seperti juga manusia lain.
Tapi sebagai insan yang muncul dalam hidupku, dia berbeza.


Doaku. Permintaan hatiku. hanya dikongsi dengan Dia. 
Tidak mungkin kumahu berkongsi dengan hamba Mu yang lain Ya Allah.
Tidak mungkin.

Ku rindu dia.


Hati,
Love.

Apr 16, 2013

Selamat Pagi Spring/Summer.

Pengalaman mengajar aku erti bersabar.
Mengajar aku erti beralah.
Mengajar aku menjadi lebih matang.

Cliche nya.
Mengajar aku erti kehidupan.

Gagal bukan satu kesalahan dalam hidup.
Semua. Kebanyakan. Pernah gagal.
Hanya cara mengatasi, menentukan peribadi kita.

Berjaya bukan pula satu kelebihan.
Hanya satu titik dalam misi kehidupan.
Tidak jugak tiket untuk menongkat langit.

Sentiasa kene sedar tanah bumi pinjaman yang dipijak.

:)

Selamat pagi untuk penduduk GMT+01:00
Bangun-bangun dapat mesej kena pergi meeting projek. Kemalasan betul nak mengadap groupmate.
Benda yang dibincang tak buat-buat.
Tapi meeting pula tiap-tiap hari.
Haishh.

Kehidupan biasa si pelajar.
Exam is around the corner.
Presentation in just two weeks time.

Kalau ikutkan hati. 24 jam sehari tak cukup. Tu ikut hati.
Akal fikiran pesan. Jangan nak merepek mintak jam lebih. Allah Maha Mengetahui.
Dialah penentu segalanya.
Andai disusun jadual, pasti 24 jam itu sangat cukup untuk sehari.

Masa untuk bangun dan mandi.
Otak sudah tegang minta sarapan.

Doakan hari-hariku indah dan sempurna.


Till then,
Love.

Apr 1, 2013

M.E.N.I.P.U-

Menipu.
Tak sakit kepala ke?

Menipu.
Tak resah gelisah hati itu andai terbongkar?
atau dibongkar.

Menipu.
Lebih mudah ke daripada berterus terang?

Menipu.
Tak rasa bersalah ke?

Menipu.
Membohong.
Berdusta.

Berbeza nama, sinonim maksud.
Berbeza mangsa, sinonim kedalaman lukanya.

Pernah yang tua berpesan.
"suka menipu, lama-lama nanti mencuri"
Ada benarnya, tiada dustanya kata sang berpengalaman.

Cuba ambil iktibar. Cuba dijadikan pedoman.
Ringkas nasihatnya. Rumit akibatnya.


Salam ringkas,
Love.

Mar 24, 2013

Musuh.Sahabat.

Bermusuh itu perlu.
Asal tidak disulam dendam.
Sebagaimana bersahabat itu perlu.
Namun pekung masih disimpan rapi.

Musuh itulah sempadan.
Sahabat itulah teladan.

Bermusuh mengajar kita mengenali angin manusia.
Bersahabat mengajar erti jujur dan setia.

Cinta dan Keluarga?
Lain tempatnya di lubuk hati.
Usah dikaitkan dengan musuh,
usah disekalikan dengan sahabat.

Serabut.
Kelibut.

Adil dengan diri.



Nukilan,
Love.