Showing posts with label Manchester. Show all posts
Showing posts with label Manchester. Show all posts

May 3, 2013

.... *Biar Hati Bicara*

Di saat ini aku merindui dia.
Walaupun tiap hari mendengar suara, tiap hari bergurau senda, tiap hari bertukar pendapat..
namun hati ini tetap merindui dia.

Indahnya perasaan kurniaan Allah..
Tidak perlu bersua untuk merasa kasihnya.
Tidak perlu bersentuh untuk merasa nikmatnya.
Begitulah ajaibnya kuasa dan nikmat Allah pada hatiku.

Tapi kumohon rinduku padanya
...tak melebihi rinduku pada Allah.
...tak melebihi rinduku pada Rasulullah
ku rindu dia sepertimana ku rindu keluargaku.

Walau acapkali tertanya bagaimana rasa ini boleh hadir,
ku tak mahu bersangka buruk pada Allah.
Dia yg menciptakanku, Dia yang menciptakan si dia.
Maka hanya Dia yang Maha Mengetahui segala perancangan yang telah diatur untukku. untuk kami.

Andai bersatunya kami, itu kehendak Dia.
Andai terlerainya kami, itu juga kehendak Dia.

Kenapa perlu kesal, kenapa perlu berduka andai kita sudah tahu yang terbaik dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.

Tutur kata dan pesanan si dia, sentiasa bisa menyentuh setiap pelusuk sanubariku.
Yang tak pernah kurasai daripada mana-mana kekasih hati lain seumur hidupku.
Siapakah dia yang Allah izinkan untuk hadir dalam hidupku ini?
Sebagai manusia, dia tidak sempurna seperti juga manusia lain.
Tapi sebagai insan yang muncul dalam hidupku, dia berbeza.


Doaku. Permintaan hatiku. hanya dikongsi dengan Dia. 
Tidak mungkin kumahu berkongsi dengan hamba Mu yang lain Ya Allah.
Tidak mungkin.

Ku rindu dia.


Hati,
Love.

Apr 30, 2013

Berubah Ke Aku?

"You dah banyak berubah sejak pergi UK"

Masa mula-mula aku pasang niat untuk berhijrah ke UK demi meneruskan langkah impianku,
aku pesan pada diri aku sendiri, cuba kawal diri untuk tak berubah.
Andai aku berubah pun, biarlah kepada kebaikan.

So.
Sepanjang setahun pertama aku kat sini, aku analisa balik diri.
Setahu aku , memang ada perubahan.
TAPI.
Bukan kepada keburukan.

Banyak yang aku lalui kat sini, aku jadikan pedoman.
Banyak yang aku tempuhi kat sini, aku jadikan teladan.

Hmmm.

Mungkin apa yang dia cuba sampaikan, adalah perubahan hati aku.
Aku akui hati aku pada dia dah berubah.
Bukan kerana sesiapa.

Ingin sekali kucoretkan kat sini.
tapi aku tak rasa coretan itu sesuai di canang.

Ok.
Berbalik pada tuduhan yang aku dah berubah sejak datang sini.
Alhamdulillah Bonda Ayahanda tak cakap apa-apa.
Cuma kata diorang, perut aku makin mengada-ngada.
Baru pekena sambal belacan satu sudu, Seminggu perut aku upset. Terus menerus
Bayangkan,sesaat makanan aku selesai ditelan, pasti aku akan terus cari tandas. 
Tiada sebarang makanan dan minuman yang terlepas daripada gejala itu. *sigh*

Nak kata kat sini aku tak balun cili, sangatlah tak betul.
Kerap kali juga makan pedas-pedas.

Haaaaa...mungkin cuaca kat Malaysia membuatkan penghadaman aku sangat-sangatlah lancar.
Teehehe..ampun Bonda Ayahanda...

Oh lagi satu perubahan.
Berkaitan cuaca.
Aku akui badan aku ni cepat panas. Kalau tidur malam tu, aircond bilik aku la paling sejuk.
Sampaikan sepupu sepapat pernah pakat2 keluar dari bilik aku and tidur luar.
Bila ditanya keesokan pagi, katanya macam tidur dengan penguin. terlampau sejuk, walhal aku sehelai selimut pun tak membaluti tubuh. Hahahahha..
Kesian mereka.
Tapi, sejak aku dah duduk sini. dengan bekalan cuaca sejuk tanpa henti 24 jam, aku rindu Malaysia.
Aku dah makin kurang gemar dengan kesejukan ini.

Sebab tu ada pepatah yang bermaksud, 
Sesuatu perkara itu kalau berlebih-lebihan, tak elok. :)

Inilah salah satu buktinya. hehehe..

Rasa-rasanya, setakat ini je dulu analisa perubahan aku. :p




Till then,
Love.

Mar 14, 2013

Jiwa Taiko. NHS . Merungut.

Done watching the Jiwa Taiko.
Ermm...so-so cerita dia.. not saying that it is not worth the watch..tapi for relax mind, ok juga la menonton filem ni. :)

and again, Beto is in.. *grin*
I don't really like Diana Daniella, tapi dalam cerita ni, she acts differently. 
natural and calm. my favourite Nadiya nissa and Shukri Yahya also in. So yeah, I enjoyed the watch. :)

Hmmmm...
apa tajuk post untuk harini ye?
Did u guys know that I usually typed in the post first, then only I find the title?
Yeah. That's how I do it in my every single post.
Don't ask me why.
Cause I'd never know the reason. Ha Ha.

Oh ya. 
For those back in Malaysia, just wanted to inform all of U, I have been sick for almost a week.
Tak tau nak cakap macam mana. dengan cuaca yang silih berganti dan tidak menentu, aku rasa ketahanan badan aku masih seorang warga jati Malaysia.
Sungguh laaaa lembik. dah bertahun menetap di Manchester pun, badan masih cepat terkejut andai disergah dengan perubahan cuaca.

Aku paling malas nak pergi klinik kat sini. bukan apa. bila tgh sakit tu, leceh betul nak explain dalam bahasa diorang.
Ye la.
Kalau dengan doktor peribadi kat Malaysia tu, aku cakap macam ni:

"saya dh 5 6 hari badan sakit-sakit kat sini,sini, sini and sini doktor. rasa macam bisa-bisa tu.rasa macam kene cucuk-cucuk tu.pastu kat kepala ni,sakit dr tengah,pastu belakang telinga,kat bahu pastu kat tengkuk..pastu tekak ni kan doktor..."

Cuba translate sikit supaya aku boleh guna untuk explain sakit aku kat doktor tu.

Lecehkan...
dah tu pulak, lepas dah dapat advice daripada dia, bukan dia nak bagi kita ubat ke apa ke..
dia akan bagi prescription, pastu apa lagi, naik turun bas la redah ke bandar untuk beli ubat kt pharmacy.
Leceh tak?!

Balik-balik je beli ubat, aku telan ubat-ubatan itu, bantai aiskrim, lepastu tidur.
Lega sebab akhirnya dapat tidur.
Bayangkan sebelum jatuh sakit tu, aku dah bermalam-malam tak boleh nak tidur.
Setiap satu jam terjaga, pukul 7 am , mata dah segar terbeliak.

Makin kusam kulit aku lately ni.
Sudahlah asyik kering dengan cuaca sejuk sentiasa, ditambah dengan kekurangan tidur lagi..
Kurang ambil buah-buahan and sayur-sayuran, kurang ambil susu.
Semuanya kurang.
Asyik-asyik makan nasi, Ramen and haiwan-haiwan.
macammane tu?

Sebab tu la senang jauh sakit cik kak oiiii.... :p
Nak salahkan siapa? Of Course salahkan diri sendiri.

Oh well.
Alhamdulillah harini dah beransur sihat. belum lagi sihat..tapi dah beransur-ansur..
Cuma masih perlu ganti jam tidur yang kurang-kurang tu.
Kebetulan solat tengah cuti. Tak gusar sangat hati ini. :)

ok lah,
Masa untuk mandi and makan. dan kemudian beradu kembali.
kepala dah mula berdenyut-denyut semula.

Jaga diri para pembaca.

Till then,
Love

Mar 10, 2013

Just Another Day 6.

Wish I could have pembaca setia like some bloggers. But wait. I write not because i want people to read... It is for future-me to read about past-me.

Yes. I do judge myself. For what? For a better me of course.. :)
It's fun though! U guys should give a try. :D

Last week was kinda hectic yet a good week for me.. ;)
Went through one of my favourite module dengan jayanya. Alhamdulillah!

Easter break is coming near. One coursework need to be submitted a day before the 3 weeks Easter Break.
Ok. Dh stress balik. :p . Gedik. Hahaha

Teringat-ingat summer trip tahun lepas. I do miss them a lot. A LOT!
Kalau lah masih ada peluang macam tu lagi. Seronoknya!
I might be coming back for Summer Break this year. tapi x confirm lagi. ikut mood kot.

However.....
Andai jadi pulang ke tanah air, terasa mahu pergi bercuti ke Sarawak. atau mungkin Sabah.
Honestly, I have not been to these places before this. though ada keinginan.

Wish I would have the chance to go. But, kalau tak tercapai, memang rasa nk ambil angin kat Penang. or Langkawi or Kelantan :)
These three places pulak, dah terasa macam kampung sendiri..
Sebelum berhijrah ke England, kerap juga pergi dengan mama and papa.
Some due to site visit, but most of the time, short vacation. :)

Okay, got to go the library for a while. Few matters need to be done.
One of my friend is counting days to be in Malaysia. For good.
She's so happy. :)
Trust me. She's so happy that she's leaving Manchester SOON!

Weather for this Spring 2013 is not as good as expected.
Bila terkenang Summer is nearer, I do miss someone a lot.
 Will tell u in the next post.



Till then,
Love. :) March-Spring 2013





Feb 15, 2013

Ku Mohon.

Salam Jumaat pada yang menyinggah and membaca. :)

Cuaca indah harini. Alhamdulillah.

Ada satu ketika tu, ada la pasang angan, satu hari nanti nak duduk kat balkoni, cuaca sejuk tapi matahari masih menemani sambil mengarang blog.

Alhamdulillah. :)


 Despite what I had in my mind malam tadi, sedikit demi sedikit dah berkurangan.

Sempatlah bergaduh dengan diri sendir sebelum tidur malam tadi.
Penah tak terjadi kat korang, bila rasa bengang or marah kt few people, Its so hard to hamburkan kat mereka and at the end u choose to gather all of them dalam hati and bergaduh ramai-ramai dalam hati?
Mesti pernah kan? hehehe..
That was what happen to me these few days. *sigh*

Walaupun dah cuba berdrama sendiri dalam hati, tapi kesakitan tu makin dalam. 
Memang rasa nak luah secara jelas.
Tapi sangat rumit bila berkait dengan orang yang paling kita hormati.hmm.WAJIB hormati.
Dua pilihan.
Lukakan hati ia or hati kita yang dibiarkn terluka.?
Kalau hati kita luka, paling2 pun kita nangis. lepas tu pendam dalam hati sampai mati. tak menyusahkan sesiapa. kalau hati ia yang terluka, jalan memujuk tak siapa yang tahu. mungkin layanan akan berpusing 360 darjah.

*mengeluh*

Untuk kesekian kalinya, aku dipaksa rela untuk mengalah.
Sampai bila mengalah itu harus mengalir dalam diri aku? aku tak berhak menyuarakan apa-apa ke?
Sebagai Sulung, mengalah itu memang satu sikap yang dari kecil dah ditanam dalam2, dibaja dan dikekalkan.
Tapi apabila sekali lagi dipaksa rela mengalah dengan adik-beradik untuk kebaikan satu pihak yang sampai mati pun takkan pernah ada kaitan dengan aku, hati aku terluka. dan semakin hancur hari demi hari.

Tangisan.(itu je yang mampu aku lakukan setiap kali ada rasa ngilu kat dada). 
Takkan cuma satu perkara dah dramatik sangat. kan?

Nope.
Bukan baru satu, bukan baru sekali.

Years and years has taken.
Selembut-lembut hati aku, percayalah masih ada kekerasan dalamnya.
Se-mengalah-mengalah aku, percayalah masih ada ingin rasa menang dalamnya.
Se-gagah-gagah aku, percayalah tangisan sentiasa menemani.

Ketidak-adilan? Ye. Memang itu yang aku rasakan sekarang.
How could they choose that person instead of me.?

Teman seperjuangan ada bertanya, adakah aku akan lebih ok andai diberitahu secara baik dan diminta mengalah secara baik?

Ku terdiam. Kaku.
Hati dan akal bertengkar menegakkan pendapat masing-masing.

Aku tak mampu nak akur.
The damage has been done.
Hati aku dah hancur.
Tangisan aku dah berbesen.
and yes, titik hitam semakin jelas dalam hati aku.
kemaafan? hanya waktu akan menentukan. atau mungkin selamanya menjadi titik hitam.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengampun & Maha Menyayangi..
Ku mohon dilindungi dari sebarang sifat dendam. Ku mohon kekuatan akal dari MU. Ku mohon kekuatan hati dari Mu. Ku mohon kekuatan diri dariMu.~

Till then,
Love.


Nov 26, 2012

DREAMS, WISHES & VERANGAN.



Semalam, sengaja ambik angin turun city. Konon-konon nak jenguk Christmas Market, tapi hujan renyai2-renyai. Malas pulak nak menapak lebih sikit.
So, destinasi bertukar ke China town. 
Bila dah bertukar destinasi tu, haaaaa! barulah teringat, Kicap Kipas Udang dah habis. Stok Ramen pun dh clear. Sos Tiram, Sos cili, Air soya, Santan dannn etc.

See. pergi mana pun x pernah shoping list tu pendek. ni yang di listkan dalam blog je. list yg dh termaktub dalam resit pembayaran tu, harap maklum. =p


After done with quick shopping, the laziness kept increasing to which level that I straight away get in my way to the tram without asking Maz.

And macam biasalah. whenever kita nak cepat balik, time tu la tempoh penungguan sangatlahhh tinggi. Damn sungguh. 3 tram yg super full berlalu pergi adalah bukan utk destinasi kami. 

Masa tu dah terdetik "Alamak. ada game ke harini kat Old Trafford."
Kalau ada game, akibatnya, berjam la kami ni menggu tram untuk balik.wuwuwu..

So, while waiting, tiba-tiba je I came out with one random question to Maz.

"Babe, if U ever had a chance to be someone in the entertainment industry, what will u be?"
Random enough.
Hehehe..well, we kinda had this talk for few hours then..

For me, I might end up in orchestra or penari tradisional..kot.
Tak pun, pembaca berita or pengacara.
Oh wait. ni kategori industri hiburan ke tak? *facepalm*
hahaha. sbb to be honest, I really dont have the talent to be an actress.
I cant act to be someone else, or even myself. with the camera around me la. :P

Maz pulak, she said she might end up being a composer or an artist.
Cause she wants people to appreciate her artworks.
yes, to me composing is an art.
Everyone can talk but not everyone can compose a song. :)

We do have a mutual agreement that we will never be a vocalist. hahahha..
We can sing. Cukup sekadar menghiburkan hati sendiri dan rakan2. We shall say, our singing is exclusive. :D

Well, this is what I called VERANGAN. or as malay says, BERANGAN. ;p
being someone in the entertainment industry is just part of our daydreaming..
Kalau ada rezeki and jodoh, ada la.. :D

Cause until now, both of us have the mission to fulfill our parents dream. I'm not saying that we just membabi buta follow their dreams. No.
We love these thing that we've been doing for years. as the eldest in the siblings,  we do have extra exposed on their life rather than our youngers.

So yeah, being a Quantity Surveyor is not that bad.
Their Wishes, is my Dreams.
Well, they paid for their wishes and I being paid to reach my dream. How bad can it be? No right? :)
besides, ditambah dgn pahala yg berlipat ganda kerana menghiburkan hati keluarga.
Kalau bukan kita yg membuat mereka tertawa, siapa lagi? ;)


Till then,
Love.






May 12, 2012

Summer Break ON!




Yeyy!!
Alhamdulillah... selesai dah semua exams.. 
Walaupunnnn cuma dua paper, tapi perit dia, huishhh!
Mana taknyer... orang construction, disuruh menghadap subjek ekonomi dengan Law..memang sampaikan salam je la.. Hadoi!
Kalau suruh costing, memang ligat je jari jemari gebu ni kasi langsai itu kerja.. 

Law mat saleh ni bukan susah. Cuma yg rumitnya, nak menjawab je la. Tak guna mintak dia soalan Spot.
Sebabnya, at the end, dalam satu soalan pendek dia tu, saya kene guna every sub-topic untuk jawab. 
20 markah jah! jelas2 kene kasi jawab 3 pages paling kurang..

Ok fine. I'll stop here about exams.
Bragging mcm sy sorg je yang ambil exam kt muka bumi ni. T.T

Last night (m'sian time of course), was having a longggg and excited fb chat with bonda. ;)
About what?
About marriage & wedding.
Yes. It's a different thing. :)
Different considerations, different affects, but in under One roof, with One heart and One love..

What were in the discussion?
Nahh..not the right time to tell yet.. ;)
One day okay... :D

Oh ya. nak tau apa plan  kitorg memandangkan exam dah habis?
Orang kata, kalau masuk kandang kambing, mengembek; Masuk kandang harimau mengaum..kan?
Maka, all of us dh plan nk visit muziumSSS. yayy! :D
Eyh. tak tipu la. sebanyak itu yang kami plan.
Kat sini, memang la famous dengan museums, and parks, and monument, and libraries and malls.
Tapi part yg "malls" tu, dah selalu sangat visit.
Tak kira masa; sebelum exam ke, selepas exam ke, semasa exam ke..wajibb..

So, kali ni, mari kita beramai-ramai visit museum pulak! 
Oh and we have a 5 days roadtrip to go! weeeeee~

Okaylah, dah elok sangat la pergi mandi and bersiap ke bandar. 

Misi pertama: Lloyds TSB.! oh ya. and HSBC too...hehehe

Till then,
Love.





Mar 29, 2012

Manchester!! #1


:: 1620 ::


Yes. Manchester.
Bertahun pasang impian, akhirnya, bertapak jua sy kat Bumi Manchester ni. Happy!! Kerajaan Omputeh ni dengan baik budinya meluluskan permohonan sy untuk meronda-ronda and living my life here for more than a year. Alhamdulillah!! 
Peluang bukan dapat selalu. (U will never know how and what I've been suffering and working to get a place here). Seriusly, U won't.

So, what should I write here..hurmm..ok la.
Sy cerita 1st stage dulu k..Macam mane sy & friends boleh sampai ke sini..
Well we, chose airplane, of course. what else could that be, right?

Ok. nak beli tiket flight ni bukan senang ye. 
Even cuma nak pergi Langkawi pun, berminggu-minggu plan. Ni lagi pulak Manchester.
Memang berbulan2 okayh.

Antara langkah and tips untuk pilih flight to Manchester:-

1. Airlines mana yang menawarkan penerbangan terus tanpa henti (Direct Flight) to destination.
2. Pilih yang paling murah + bigger loads allowance.
3. Pilih time yang sesuai dengan urusan kita..nak terbang malam from malaysia ke...nk terbang siang from Malaysia ke...depends. Macam saya, sy pilih flight mlm dari Malaysia and tiba kt Manchester seawal pagi.. :)
4. Food yang sedap!!! teeehehehe..wajib tu..wajib..Its a veeeery long flight. I need foodss.. :D

Ok. 1st tips.
Pilih flight.

Honestly, sy tak lah survey sgt. sebab memang tak banyak choices pun.
So, selama berbulan2 tu, sy cuma tgk airlines berikut:-




















Ermmm untuk cadangan harga, susah sikit nak letak. sbb Bulan berlainan, berlainan le pulak harganya. So, sila check sendiri yer.. :)

Ok. Dalam 5 pilihan ni, cuma 3 yang teratas je ada flight to Manchester Airport, yang lagi dua tu Tak ada. *sehingga karya ini dicoret*

Untuk Direct Flight, memang tiga-tiga airlines ada sediakan. tapi harga dia, Ya Ampunnnn...
So, nak tak nak terpaksa la ambik yang transit jugak.
Memandangkan kene transit, kene la pulak pilih negara mana yang kita nak transit and berapa lama kita nk transit. Ada pakej2 yang these airlines sediakan. just choose. Range harga pulak, untuk ketiga-tiga ni, lebih kurang je harga dia..

Transit choices:

Emirate----> Dubai
Etihad ----> Abu Dhabi.
Qatar ----> Doha

Make your choice.

Saya pilih Emirates. :) Best!!
Tapi next time mcm nak cuba flight yang lain pula. Insya Allah.

As for me, after months of thinking and considering and discussing with parents and counting budgets, I've decided to find an agency to buy the tickets.. :D

Mudah, Cepat, Teratur.
Yes.
Well, as a student , they agency has different range of prices for me.

Cuba tengok ni. Student Price
*sehingga karya ini dicoret*

Ini untuk Student Traveller. Mcm kami

Kalau booking like 3 bulan awal dari tarikh perancangan, untung2 dapat 40kg utk bag allowance, without extra cost. Lucky? Yes! For us especially.
Since kita nak pindah bertahun kt negara orang, bantal busuk ape semua kene la bawak. Belum lagi hadiah drpd buah hati, hadiah dari kawan-kawan, belacan, bilis, etc...haa..kalau tak, camane nak tidur. T.T




Ini pulak Promo For All .
*sehingga karya ini dicoret*
Menarik sebenarnya tawaran dorg ni. 

Layanan pun baik. Dorg layan je songeh kita. :)

Tapi, range dia akan berubah ikut waktu jgk. So, kene click web dorg ni k. 





Untuk pengetahuan, bila dh pilih travel agency di atas ni untuk uruskan segala-segalanya,
Tips 2, 3 & 4 terus selesai di saat kita bertentang mata dengan pekerja kaunter tu. :)

Ini bukan artikel berbayar.

Tapi serius sy ckp, dorg ni semua memang banyak membantu untuk orang mcm sy yang baru pertama kali nk jejak Manchester ni ha. Tanya la pasal cuaca, list kedai makanan halal, tmpt pelancongan, tmpt shopping..etc. semua dorg boleh jawab and plg tidak pun dia akan usaha jgk cari jawapan untuk kita. Menarik kan? ;)

Jimattttt masa.. :)

Keputusan akhir sy, saya naik Emirates.

KLIA ---> Dubai International Airport ---> Manchester International Airport  = ~20 jam. (termasuk 5 jam lepak airport Dubai)

Meeeemang penat. tapi, enjoy sebab merantau kan.. :)
Oh ya. masa transit tu, kita + hand luggage je yg turun dari kapal. Beg besar kita yang berkodi2 tu, pihak airport uruskan. Dont worry.

So selama 5 jam kat Dubai Airport tu, kita boleh jalan2 dengan tenangnya kt kedai2 yg banyak tu. nak shopping pun boleh. Asalkan barang tu boleh bawak masuk kapal balik kemudian.(as in hand luggage)
Nak ambik2 gmbr pun boleh, nak minum2 kopi pun boleh... :)









Tak banyak gmbr yang sempat ditangkap. :p sebab ramai sgt2 orang transit. kebetulan masa tu bawak beg laptop. So, kene fokus lebih sikit kt beg tu.maklumlah.tempat org kan. x tau ape bakal jadi. 

Ni ada sikit guides untuk siapa2 yang suka shopping kt duty free..



Nak lebih maklumat lanjut, cuba hala cursor kt sini and left click dgn lembut. :)

Mula-mula dengar kene transit 5 jam, adoi, rasa lamanya lah. apa je yang kita boleh buat.

Tapi, sbnrnya tak lama mana.

Turun2 je dr situ, terus cari surau. Dalam keadaan mamai kepenatan tido dalam flight, apa yang sy ingat, kami menuju ke lounge untuk cari surau.





Hah. kt sini la sy jumpa surau tu.
oh. ni sy tak tau sape. Ambik gmbr ni kt google je td. :p








Pas dh solat, terus cari cafe untuk minum. Then cong ceng - cong ceng, dh 2 3 jam..then teruskn perjalanan untuk cari tmpt chill yang dekat dengan next gate. takut kang dh nk terbang, x jumpa2 lagi gate. naya je.

Terminal 3 Outline / Map. 

Oh. rezeki kami masa tu, ticket kami di upgrade ke Business seat. Alhamdulillah...

Makan Sedap, Tidur Sedap, Sunyiiii je.. :)

Thank you Emirates!!

Haa..selamat dah perjalanan dari KLIA to Dubai. :)

Macam dh panjang sangat pulak post yang ni.
Untuk urusan kt Manchester International Airport pula, sy buat post lain k. ;)

Harap membantu serba sedikit pada those yang tgh plan2 nak bercuti ke Manchester 2012 ni. 

Di sini saya lampirkan sekali Jadual Persekolahan di Malaysia Tahun 2012.

Sumber: Ministry of Education.

Selamat Bercuti in advance!! teeehehehe.. :D

Till then,
Love.