Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikum.
Maaf mengabaikanmu setelah ku memilih si dia untuk menjadi luahan hati.
Rupanya, masih belum sampai masa yg sepatutnya untuk dia menjadi penggantimu wahai diari hati.
Alhamdulillah.
Masih lagi diberi peluang untuk hidup di tahun 2014.
Bermaknaaaa, masih diberi peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang tak pernah henti terkumpul.
*sobs
Dalam cubaan mengumpul pahala, kadang dosa turut menjengah dalam proses.
Macam biasa, seperti yang lain, banyak cerita 2013 yang tak ingin kubawa bersama, namun banyak juga yang ku mahu ia berterusan menemani sisa-sisa hidupku.
Semoga Allah perkenankan dan permudahkan segala perancangan-perancanganku untuk tahun 2014 ini.
Banyak. Memang banyak.
Tak pernah sebanyak ini perancanganku untuk setahun.
Oh ya. Mengenai gambar.
Alhamdulillah kami sudah pun melangkah ke Bab 9 untuk Jilid Pertemuan & Perkenalan.
Sebagaimana kehidupan biasa, ada naik turun, ada suka duka, ada luka juga parut.
Tapi andai ini yang telah Allah tetapkan, tiada guna mengeluh. Pasti ada hikmahNYA. PASTI.
Harus diingat, setiap luka adalah untuk mengingatkan khilaf kita dalam sesuatu urusan.
Dan setiap suka adalah untuk mengingatkan betapa Allah menyayangi kita tanpa batasan, tanpa syarat.
Masih belum berani untuk mengaku yang aku benar-benar bahagia.
Masih belum berani untuk mengaku yang ini adalah takdirku.
Selagi belum Halal di sisi-NYA, aku tau aku harus sentiasa bersedia.
Sedang pantai juga berubah, inikan pula hati manusia.
Aku kenal diri aku. Aku tahu apa yang aku mahu. Aku tahu apa yang aku perjuangkan. Aku tahu apa yang aku tunggu. Aku tak pernah berubah selepas keputusan ku buat.
Kerana hanya Allah dan aku yang tahu apa ada dalam doa-doaku.
Aku tak diberi nikmat oleh Allah untuk membaca hati dan akal manusia. ada sebabnya.
Selama aku hidup, aku sering lihat manusia berpaling dariku. Ku tidak tahu mengapa. Cuba mencari jawapan tapi tidak pernah kutemui.
Akhirnya, aku memilih untuk perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, bukan untuk manusia lain.
Tapi untuk agamaku, masa depanku dan akhiratku.
Walau sering tergelincir kerana kelemahan diriku ini, aku tak mungkin berhenti berjuang.
Aku umat Nabi Muhammad s.a.w...
Tak mungkin aku berhenti berjuang sebelum rohku dipanggil pulang ke sisi Allah s.w.t.
Andai aku rasa lelah dan kalah, ku tahu ku semakin jauh daripada Allah & Rasulullah.. :'(
Aku harus cepat mencari balik jalan yang sepatutnya.
Biarkan ku tergelincir supaya tak menjadi riak, Namun jangan biarkan aku terbenam ke dalam bumi dalam keadaan jauh daripadaMu.. :'(
Salam Kasih & Rindu,
Love.