Jan 28, 2014

Bab 9- Jilid Pertemuan & Perkenalan



Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum.

Maaf mengabaikanmu setelah ku memilih si dia untuk menjadi luahan hati.
Rupanya, masih belum sampai masa yg sepatutnya untuk dia menjadi penggantimu wahai diari hati.

Alhamdulillah.

Masih lagi diberi peluang untuk hidup di tahun 2014.
Bermaknaaaa, masih diberi peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang tak pernah henti terkumpul.
*sobs

Dalam cubaan mengumpul pahala, kadang dosa turut menjengah dalam proses.
Macam biasa, seperti yang lain, banyak cerita 2013 yang tak ingin kubawa bersama, namun banyak juga yang ku mahu ia berterusan menemani sisa-sisa hidupku.

Semoga Allah perkenankan dan permudahkan segala perancangan-perancanganku untuk tahun 2014 ini.
Banyak. Memang banyak.
Tak pernah sebanyak ini perancanganku untuk setahun.

Oh ya. Mengenai gambar.
Alhamdulillah kami sudah pun melangkah ke Bab 9 untuk Jilid Pertemuan & Perkenalan.
Sebagaimana kehidupan biasa, ada naik turun, ada suka duka, ada luka juga parut.
Tapi andai ini yang telah Allah tetapkan, tiada guna mengeluh. Pasti ada hikmahNYA. PASTI. 
Harus diingat, setiap luka adalah untuk mengingatkan khilaf kita dalam sesuatu urusan.
Dan setiap suka adalah untuk mengingatkan betapa Allah menyayangi kita tanpa batasan, tanpa syarat.

Masih belum berani untuk mengaku yang aku benar-benar bahagia.
Masih belum berani untuk mengaku yang ini adalah takdirku.

Selagi belum Halal di sisi-NYA, aku tau aku harus sentiasa bersedia.

Sedang pantai juga berubah, inikan pula hati manusia.

Aku kenal diri aku. Aku tahu apa yang aku mahu. Aku tahu apa yang aku perjuangkan. Aku tahu apa yang aku tunggu. Aku tak pernah berubah selepas keputusan ku buat.
Kerana hanya Allah dan aku yang tahu apa ada dalam doa-doaku.
Aku tak diberi nikmat oleh Allah untuk membaca hati dan akal manusia. ada sebabnya.

Selama aku hidup, aku sering lihat manusia berpaling dariku. Ku tidak tahu mengapa. Cuba mencari jawapan tapi tidak pernah kutemui.
Akhirnya, aku memilih untuk perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik, bukan untuk manusia lain.
Tapi untuk agamaku, masa depanku dan akhiratku.
Walau sering tergelincir kerana kelemahan diriku ini, aku tak mungkin berhenti berjuang.

Aku umat Nabi Muhammad s.a.w...
Tak mungkin aku berhenti berjuang sebelum rohku dipanggil pulang ke sisi Allah s.w.t.
Andai aku rasa lelah dan kalah, ku tahu ku semakin jauh daripada Allah & Rasulullah.. :'(
Aku harus cepat mencari balik jalan yang sepatutnya.
Biarkan ku tergelincir supaya tak menjadi riak, Namun jangan biarkan aku terbenam ke dalam bumi dalam keadaan jauh daripadaMu.. :'(


Salam Kasih & Rindu,
Love.




Oct 8, 2013

Tiada Kata. Hanya Rindu & Luka.




Terluka. Terhiris.
Hm.
Tidak.

Dilukai. Dihiris. Ditusuk.
Dalam. Terlalu dalam.

Walaupun tona suaramu lembut.rendah.
Namun ku terluka dengan caramu.
Ku terhiris dengan emosimu.
Ku tertusuk dengan patah katamu.

Memang ku baru mengenalimu.
Tapi ku membiarkan hatiku mendalami hati dan tingkahmu.
Bukan akalku.
Oleh kerana itu, kurasa bagai sudah mengenalimu bertahun-tahun.

Ku kenal caramu bila emosimu stabil.
Ku kenal caramu bila emosimu bahagia.
Mustahil ku tidak kenal caramu bila emosimu terganggu.

Ku bukan boneka. Ku sepertimu.
Hamba Allah yang punya rasa dan perasaan.
Hatiku akan rasa gembira bila dimanjakan.
Hati yang sama ini jua akan kecewa & sedih bila dimarahi.

Tidak.ku bukan menyalahkanmu sepenuhnya.
Mungkin diriku.
Tidak.
Memang diriku.

Seumur nyawaku, ku tidak pernah dimarahi oleh lelaki.
Papa; hanya ia seorang yang ku terima apabila ia memarahi dan meninggi suara.
Tidak daripada lelaki lain. Sukar.
Walau sepatah, hati ini akan terus terluka.
Tangisan akan bertakung di mata menunggu masa.

Memang dikau tidak meninggi suara.
Memang dikau tidak mengherdik.

Mungkin kerana tebalnya rindu ini,
ku terhiris dengan ketegasanmu.

Mungkin kerana tebalnya rindu ini,
ku mengharap sesuatu yang lebih tinggi daripada panggilanmu.

Mungkin kerana tebalnya rindu ini,
ku terluka,
ku terhiris,
ku tertusuk,
dengan tiap kata dan tingkahmu.

Maaf, aku tak kuat. Belum cukup ilmu untuk jadi kuat.
Ku masih memerlukan masa.



Love,

Sep 25, 2013

Dua Benua, Dua Hati ; Satu Rasa, Satu Matlamat.

12 September 2013.
Bermula semula kisah cinta dua benua.

Ikatan hampir menjadi pasti.
Jarak bukan menjadi penghenti,
Masa bukan menjadi pemati.

Pisah kami bukan kerana benci,
Lerai kami bukan kerana hati.

Jarak masa bukan punca.
Allah menemukan kami dengan kehendakNya.
Allah menjarakkan seketika kami dengan kasihNya.

Mesra kami kerana sefahaman, 
Kukuh kami kerana keredhaan.

Bersatu kami dengan restu keluarga,
Dua hati terpaut satu, 
Dua keluarga mengikat janji.

Segalanya keranaMu Allah,
Segalanya hanya untukMu ya Allah.


Love,

Tergelincir.

Tergelincir.
Umpama insan biasa yang lain,
Acapkali tergelincir,itulah lumrah.

Jika menuding, pada manusia.
Jika tertuding, masih juga pada manusia.

Berdoalah.
Usah berhenti berdoa. 
Andai bukan si dia menjadi pengantara,
Pasti Maha Penyayang hadirkan insan lain yang lebih diperlukan.

Namun.
Usah pernah tersungkur,
Usah pernah berundur,
Usah pernah beralah.
Yakin pada Dia, juga pada si dia.


Love,

May 26, 2013

Pergi. Jauh-jauh.



Ku tak ingin rasa ini lagi.

Ku tak mahu air mata ini lagi

Ku tak damba tusukan ini lagi.

Kalau boleh, ku mahu buang semua ini.
Terlalu banyak. 
Lebih dari mencukupi untuk hidupku.

Tapi, siapa aku?
Hanya Hamba yang wajib patuh pada perintahNya.

Meminta boleh, mengharap jangan.
Merayu boleh, memaksa jangan.
Menangis boleh, merintih jangan.

L.O.V.E

May 13, 2013

Perpisahan Itu Permulaannya.

Dari awal bismillah perpisahan, telah ku paksikan 1 niat.
Ku tak ingin lagi berkasih bagai waktu dulu.
Couple.Boyfriend. Kekasih. Pakwe.

Ku tak ingin lagi perumpamaan itu.
dan masih lagi aku berpegang pada niat itu.

Kenapa?
Mahu tahu kenapa?

Sebab..

Tiada masalah yang boleh diselesaikan dengan tenang andai tak diselesaikan dengan hukum syarak.
Kalau nak pastikan hubungan itu kekal kerana Allah, bagaimana andai tiada ikatan halal?
Keraguan yang timbul berbeza bila ada dan tiada ikatan.
Pandangan mata sesama sendiri untuk melembutkan hati dia jua, mampu menjadi satu dosa yang bersamaan dengan zina. Berbanding mendapat pahala andai dia adalah suami.
Menyentuh lembut dada dan tangannya untuk mengalirkan satu rasa yang tenang ,jua mampu memarakkan api neraka..melainkan untuk dia yang bernama suami.

Fahami maksud "Rumahku.Syurgaku"

Lihat yang tersurat,hayati yang tersirat.

Rumah.
bukan sebarangan insan boleh menghuni.Pasti yang kita selesa.
Pasti yang ada ikatan.
keluarga, adik beradik, teman sejiwa, rakan sekelas.rakan sekolej.
Pernah kita mengizinkan orang luar tanpa ikatan dengan kita menhuni rumah kita?

Syurga.
harus diselarikan dengan tujuan rumah itu.
tempat yang indah. tempat yang Allah redha. tempat yang penuh keberkatan Allah.
tiada yang haram di dalam syurga.
segalanya halal.
hubungan yang halal, makanan yang halal, gerak geri yang halal.


Banyak lorong yang telah aku pilih sepanjang hidupku,
Kali ini, aku memilih lorong yang satu ini pula.

Bakal berjayakah aku?


L.O.V.E

Sempurna itu bukan milik manusia.

Manusia,
kejadian Allah yang terbaik.
Namun, bukanlah sempurna sifatnya.
kerana sempurna itu milik hakiki Allah.

Saya. Manusia.
Dah pasti-pasti memang tidak sempurna.

Tiada ilham sejak 2 3 hari ini.
ketandusan idea.
mungkin sudah lari dari paksinya.

Bagai laut,
yang ada pasang surutnya.

Bagai roda,
yang sentiasa berputar kedudukannya.

Bagai bumi,
yang ada siang dan malamnya.

ini semua perlu,
agar tidak pincang kehidupan sesuatu itu,
agar tidak janggal kehidupan seseorang itu.


L.O.V.E

May 10, 2013

Pencarian.Penantian.

Bukan cinta agung yang kucari.
Bukan kesempurnaan yang kuidami.

Tetapi,

Yang mencintaiku kerana Allah.
Yang menyempurnakanku kerana amanah.
Yang mendambakanku sebagai teman di syurga.
Yang memimpinku menjadi bidadari syurganya


Adakah yang sudi?
Adakah kamu sudi?
Adakah dia sudi?


L.O.V.E


Utusan untuk laut.

Wahai lautku,
Wahai bakal pengemudi bahtera kami,

Tenangmu mengalun jiwaku,
Deras ombakmu meresahkan hatiku,
Namun, 
Itulah lumrahmu.
Tiada kesal dirasa,
Tiada sesal ditangisi.

Kerana lumrahmu,
Ku memilih pelayaran sebagai umpama hidupku.

Tiada cabaran, tiada kepuasan.
Tiada kelembutan, tiada ketenangan.


L.O.V.E






May 9, 2013

Yang.Mungkin-

Mungkin yang keliru itu dia,
Yang berubah itu aku.

Mungkin yang mendekati itu dia,
Yang menjauhi itu aku.

Mungkin yang menyayangi itu dia, 
Yang merindu itu aku.

Mungkin yang selesa itu dia,
Yang perit itu aku.


Segalanya yang mungkin.
Tak mustahil jika yang mungkin itu,
Aku.


L.O.V.E

May 8, 2013

Impian.

Sesuatu yang kita impikan,
tidak semestinya sesuatu yang kita perlukan.

Sesuatu yang kita perlukan,
tidak semestinya yang kita impikan.

Impian kita mungkin keperluan orang lain.

namun,
andai orang lain itu adalah jiwa kita,nadi kita,nyawa kita..

Itu satu pertimbangan yang lain.


Sesungguhnya, percaturan hidup milik hakiki yang Maha Esa.


L.O.V.E

Lautku.

Tinggi mana pun harapan,
Luas lagi permukaan impian ku.

Lautku,
Sabarlah menanti.

Kerana

Pendaman rinduku,
Rajuk hatiku,
Tingkah manjaku,
Nikmat sayangku,

Masih tersisip rapi. Terkunci.
Hanya untuk lautku yang sabar menanti.


L.O.V.E

May 6, 2013

Sedangkan..



Sedangkan,
Ribut pun berhenti.

Sedangkan,
Pantai pun berubah.


Inikan pula hati manusia.


Sigh,
L.O.V.E

May 4, 2013

.... *Berbicara Pula Dengan Hati*



Hati

kenapa dikau sering dihinggapi

pelbagai rasa dan bisa

kau semakin sukar kufahami

ngilu mu

sayu mu

bersilih ganti.


kasihmu

rindumu

telah kutekadkan untuk si dia yang sabar menanti

temaniku sehingga waktu itu.

bertabahlah. dia pasti mendekati.



L.O.V.E

Kamu & Laut.


Kalau dekat dia
Lidah jadi sunyi nak berbicara

Mata, melihat kebesaran Allah
disusuli hati yang tidak henti mensyukuri nikmat perasaan yang diberi
dengan hadirnya insan kurniaan disisi.

Senyuman dibibir
 akan sentiasa terpatri
tiada henti



Rajukku
Manjaku
Kasihku
Rinduku
Doaku

Hanya pada dia
yang menanti
yang memahami
yang memiliki

dan doaku
kupanjatkan hanya padaMU.


...Begitulah kasih cintaku pada kamu dan laut...




L.O.V.E


May 3, 2013

.... *Biar Hati Bicara*

Di saat ini aku merindui dia.
Walaupun tiap hari mendengar suara, tiap hari bergurau senda, tiap hari bertukar pendapat..
namun hati ini tetap merindui dia.

Indahnya perasaan kurniaan Allah..
Tidak perlu bersua untuk merasa kasihnya.
Tidak perlu bersentuh untuk merasa nikmatnya.
Begitulah ajaibnya kuasa dan nikmat Allah pada hatiku.

Tapi kumohon rinduku padanya
...tak melebihi rinduku pada Allah.
...tak melebihi rinduku pada Rasulullah
ku rindu dia sepertimana ku rindu keluargaku.

Walau acapkali tertanya bagaimana rasa ini boleh hadir,
ku tak mahu bersangka buruk pada Allah.
Dia yg menciptakanku, Dia yang menciptakan si dia.
Maka hanya Dia yang Maha Mengetahui segala perancangan yang telah diatur untukku. untuk kami.

Andai bersatunya kami, itu kehendak Dia.
Andai terlerainya kami, itu juga kehendak Dia.

Kenapa perlu kesal, kenapa perlu berduka andai kita sudah tahu yang terbaik dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t.

Tutur kata dan pesanan si dia, sentiasa bisa menyentuh setiap pelusuk sanubariku.
Yang tak pernah kurasai daripada mana-mana kekasih hati lain seumur hidupku.
Siapakah dia yang Allah izinkan untuk hadir dalam hidupku ini?
Sebagai manusia, dia tidak sempurna seperti juga manusia lain.
Tapi sebagai insan yang muncul dalam hidupku, dia berbeza.


Doaku. Permintaan hatiku. hanya dikongsi dengan Dia. 
Tidak mungkin kumahu berkongsi dengan hamba Mu yang lain Ya Allah.
Tidak mungkin.

Ku rindu dia.


Hati,
Love.

Apr 30, 2013

Berubah Ke Aku?

"You dah banyak berubah sejak pergi UK"

Masa mula-mula aku pasang niat untuk berhijrah ke UK demi meneruskan langkah impianku,
aku pesan pada diri aku sendiri, cuba kawal diri untuk tak berubah.
Andai aku berubah pun, biarlah kepada kebaikan.

So.
Sepanjang setahun pertama aku kat sini, aku analisa balik diri.
Setahu aku , memang ada perubahan.
TAPI.
Bukan kepada keburukan.

Banyak yang aku lalui kat sini, aku jadikan pedoman.
Banyak yang aku tempuhi kat sini, aku jadikan teladan.

Hmmm.

Mungkin apa yang dia cuba sampaikan, adalah perubahan hati aku.
Aku akui hati aku pada dia dah berubah.
Bukan kerana sesiapa.

Ingin sekali kucoretkan kat sini.
tapi aku tak rasa coretan itu sesuai di canang.

Ok.
Berbalik pada tuduhan yang aku dah berubah sejak datang sini.
Alhamdulillah Bonda Ayahanda tak cakap apa-apa.
Cuma kata diorang, perut aku makin mengada-ngada.
Baru pekena sambal belacan satu sudu, Seminggu perut aku upset. Terus menerus
Bayangkan,sesaat makanan aku selesai ditelan, pasti aku akan terus cari tandas. 
Tiada sebarang makanan dan minuman yang terlepas daripada gejala itu. *sigh*

Nak kata kat sini aku tak balun cili, sangatlah tak betul.
Kerap kali juga makan pedas-pedas.

Haaaaa...mungkin cuaca kat Malaysia membuatkan penghadaman aku sangat-sangatlah lancar.
Teehehe..ampun Bonda Ayahanda...

Oh lagi satu perubahan.
Berkaitan cuaca.
Aku akui badan aku ni cepat panas. Kalau tidur malam tu, aircond bilik aku la paling sejuk.
Sampaikan sepupu sepapat pernah pakat2 keluar dari bilik aku and tidur luar.
Bila ditanya keesokan pagi, katanya macam tidur dengan penguin. terlampau sejuk, walhal aku sehelai selimut pun tak membaluti tubuh. Hahahahha..
Kesian mereka.
Tapi, sejak aku dah duduk sini. dengan bekalan cuaca sejuk tanpa henti 24 jam, aku rindu Malaysia.
Aku dah makin kurang gemar dengan kesejukan ini.

Sebab tu ada pepatah yang bermaksud, 
Sesuatu perkara itu kalau berlebih-lebihan, tak elok. :)

Inilah salah satu buktinya. hehehe..

Rasa-rasanya, setakat ini je dulu analisa perubahan aku. :p




Till then,
Love.

Apr 29, 2013

Hikmah Muhasabah 1.

Hari berganti hari.
Yer.
Tiada yang peliknya penggantian hari itu.

Alhamdulillah..
Lepas keputusan drastik aku haritu, ku sangka hari-hariku takkan lagi ceria.

Sebagai hamba dan manusia, aku silap.
Perancangan Allah s.w.t itu sesungguhnya lebih cantik. paling cantik. terbaik.

Dengan berbekalkan jadual yang sangat sibuk, aku tahu Allah takkan biarkan hati aku;
kekosongan, kekeliruan, kesunyian.
Kerana hanya DIA yang tahu, itu kelemahan aku.bukan kekuatan aku.

Kehadiran yang tidak kupinta, Kehadiran yang juga ku tak pasti tempoh ketahanannya.
Aku tak mahu terlalu pesimis. tidak jugak ku mahu terlalu optimis.
Kali ini, aku biarkan sahaja aliran laluan hidupku tanpa sebarang perancangan dariku.

Doa ku,
Kekalkanlah silaturrahim ini ikut perancangan terbaikMU Ya Allah.
Tiada ku meminta lebih, tiada ku menolak kurangnya dia.
Ku mohon juga dikuatkan hatiku,diterangkan hatiku daripada sebarang kekeliruan.
Ku mohon hadirnya dia untuk menceriakan hidupku,
Ku mohon jua andai hilangnya dia untuk pedoman hidupku.

Yang sempurna,bukan yang dicari.
Yang menyermpurnakan, yang diidami.


teehehehe...
Aku bahagia melalui hari-hari yang dah disusun Allah swt.
Mujur aku terpilih untuk terbuka mata dan hati memandang hidupku.
Alhamdulillah terbit segala hikmah yang dijanjikan.
Tiada kesal. Tiada tangis.

Have a Great Day Everyone!!


Till then,
Love.



Apr 16, 2013

Selamat Pagi Spring/Summer.

Pengalaman mengajar aku erti bersabar.
Mengajar aku erti beralah.
Mengajar aku menjadi lebih matang.

Cliche nya.
Mengajar aku erti kehidupan.

Gagal bukan satu kesalahan dalam hidup.
Semua. Kebanyakan. Pernah gagal.
Hanya cara mengatasi, menentukan peribadi kita.

Berjaya bukan pula satu kelebihan.
Hanya satu titik dalam misi kehidupan.
Tidak jugak tiket untuk menongkat langit.

Sentiasa kene sedar tanah bumi pinjaman yang dipijak.

:)

Selamat pagi untuk penduduk GMT+01:00
Bangun-bangun dapat mesej kena pergi meeting projek. Kemalasan betul nak mengadap groupmate.
Benda yang dibincang tak buat-buat.
Tapi meeting pula tiap-tiap hari.
Haishh.

Kehidupan biasa si pelajar.
Exam is around the corner.
Presentation in just two weeks time.

Kalau ikutkan hati. 24 jam sehari tak cukup. Tu ikut hati.
Akal fikiran pesan. Jangan nak merepek mintak jam lebih. Allah Maha Mengetahui.
Dialah penentu segalanya.
Andai disusun jadual, pasti 24 jam itu sangat cukup untuk sehari.

Masa untuk bangun dan mandi.
Otak sudah tegang minta sarapan.

Doakan hari-hariku indah dan sempurna.


Till then,
Love.

Apr 1, 2013

M.E.N.I.P.U-

Menipu.
Tak sakit kepala ke?

Menipu.
Tak resah gelisah hati itu andai terbongkar?
atau dibongkar.

Menipu.
Lebih mudah ke daripada berterus terang?

Menipu.
Tak rasa bersalah ke?

Menipu.
Membohong.
Berdusta.

Berbeza nama, sinonim maksud.
Berbeza mangsa, sinonim kedalaman lukanya.

Pernah yang tua berpesan.
"suka menipu, lama-lama nanti mencuri"
Ada benarnya, tiada dustanya kata sang berpengalaman.

Cuba ambil iktibar. Cuba dijadikan pedoman.
Ringkas nasihatnya. Rumit akibatnya.


Salam ringkas,
Love.